Gambaran Keseluruhan
Ciri kehadiran dalam talian membolehkan anda melihat bila orang lain berada dalam talian.
Sila ambil perhatian, ciri ini mesti diaktifkan oleh Pentadbir.
Widget Dalam Talian dipaparkan di panel kanan dan menyenaraikan pengguna yang sedang dalam talian.
- Jika anda tidak mahu widget Dalam Talian dipaparkan, klik sembunyikan.
- Jika anda menyembunyikan widget, anda boleh memulihkannya kemudian daripada bahagian Tetapan profil anda.
Untuk berinteraksi dengan pengguna lain melalui widget Dalam Talian:
- Tuding tetikus ke atas pengguna.
- Klik Mesej untuk menghantar mesej.
- Klik Sembang untuk memulakan sembang dalam talian.